Hiburan

Minyak Pengasih Ibarat Kita Rampas Kewarasan Pasangan, Ini 3 Cara Yang Boleh Diamalkan Mengikut Lunas Islam!

gempak
Hanafis Haris
28/12/2020
13:29 MYT
Sponsor Banner
Minyak Pengasih Ibarat Kita Rampas Kewarasan Pasangan, Ini 3 Cara Yang Boleh Diamalkan Mengikut Lunas Islam!
Kecoh di media sosial berhubung penggunaan minyak pengasih yang dikatakan mampu menundukkan pasangan.
Tinjauan Gempak mendapati, orang ramai masih tertarik untuk membincangkan hal minyak pengasih biarpun ada yang menolak kewujudan barang tersebut mentah-mentah.
Namun hakikatnya, itulah kepercayaan segelintir masyarakat Melayu sejak dulu lagi.
Malah, minyak pengasih, azimat, pelindung diri, tangkal kebal, gelang tarik rezeki, batu sakti, tali pinggang anti santau dan pelbagai barangan mistik lain, ada yang boleh didapati menerusi platform jualan dalam talian atau e-dagang.
Menerusi laporan Harian Metro yang pernah dikeluarkan sebelum ini, pengamal perubatan Islam dan penceramah bebas, Ustaz Sharhan Shafie berkata, amalan menundukkan pasangan menggunakan azimat, jampi, doa mahupun makanan yang tercemar adalah haram.
“Kenapa perlu menundukkan pasangan dengan amalan tertentu sedangkan tindakan sedemikian menunjukkan kacacatan dalam rumah tangga?
“Apabila seseorang itu memilih cara salah untuk menundukkan pasangan demi meraih kasih sayang dan perhatian, biasanya tindakan mereka akan disertai pihak ketiga iaitu jin, syaitan dan sebagainya.
“Perbuatan ini haram kerana seolah-olah kita merampas kewarasan pasangan. Isteri atau suami menjadi bodoh gara-gara dikenakan sihir penunduk,” katanya.
Menurut Ustaz Sharhan lagi, terdapat beberapa kaedah dan cara yang boleh diamalkan suami isteri mengikut lunas Islam.
Jelasnya,beberapa ayat yang sekiranya diamalkan, berupaya mengekalkan kerukunan rumah tangga daripada digugat iblis.
  • Pertama, apabila meninggalkan rumah dalam keadaan kosong kerana balik kampung atau keluar melancong, beri salam ketika hendak masuk ke dalam rumah.
  • Kedua, amalkan bacaan tiga Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
  • Ketiga amalkan bacaan penghujung ayat 57, surah Hud setiap kali selepas solat. Ini bertujuan menyelamatkan diri daripada gangguan manusia, jin dan iblis.
Tambahnya, tidak perlulah bersusah payah menuntut ilmu penunduk semata-mata untuk menagih cinta daripada pasangan. Memadai sama-sama sedar akan kewajipan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live