"Minyak & Roti Je Pun, Tapi ....." - Noh Salleh Kongsi Kisah Berada Di Kem Pelarian di Lubnan

Rozaimi Zubaidi
Disember 21, 2018 02:11 MYT
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi kisah sepanjang berada di kem pelarian di Lubnan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noh menjelaskan halangan yang dihadapi olehnya sepanjang berada di sana tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi senyuman kepada masyarakat di Lubnan.
"Minyak dan roti je pun. Tapi betapa pentingnya dua benda yang korang bagi kat mereka kat sini Tuhan je tau.
"Thank you so much buat semua yang telah memberi, donator-donator yang sangat pemurah.
"The whole day yesterday was pretty much fun melihat warga kem pelarian disini senyum, sempat melawat rumah-rumah dan bermain dengan anak-anak mereka.
"Sejuk tu kira belakang. Hidung sumbat sebelah. Nikmat menyampaikan amanah anda semua tu cukup memberi kesedaran bahwa kita di Malaysia tu terdiri dari orang-orang yang pemurah penyayang," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan keselamatan dan kesihatan Noh serta semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Lubnan.
#Penyanyi #Noh Salleh #Penyanyi