Hiburan
Mira Filzah Dedah Status Hubungan, Caprice Masuk Almari! - "Ingat Kita Takda Calon Ke Apa?"
Rapper dan usahawan, Caprice berkongsi sebuah video menunjukkan reaksinya apabila membaca tentang Mira Filzah mendedahkan dirinya sudah mempunyai teman lelaki.
Video tersebut dimuat naik Caprice menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.
"What's up gang, it's Caprice...Masya-Allah, kita faham, kenapa depa semua tag Caprice? Ingat kita takda calon ke apa? Agak-agaklah," kata Caprice dalam video tersebut.
Tidak lama selepas itu, Caprice berjalan meninggalkan kamera dan masuk mengurungkan dirinya dalam sebuah almari.
Gelagat Caprice itu mencuri perhatian ramai pengikut di ruangan komen. Rata-rata mereka berasa terhibur dan menasihatinya untuk bertabah.
Seperti diketahui ramai sebelum ini, Caprice sering mengusik Mira di media sosial seolah-olah meminati aktres itu.
Namun ramai yang memahami perbuatannya itu merupakan satu bentuk gurauan.
Berita mengenai Mira yang sudah mempunyai teman lelaki itu mulai tular sejak pagi tadi.
Difahamkan, Mira telah bertemu keluarga sebelah lelaki untuk berbincang mengenai ikatan hubungan mereka.
Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.