HIBURAN
Mira Filzah Ikut Kelas Lakonan Demi Mandul Bukan Pilihan - “Saya Takut Watak Tu…”
Pelakon, Mira Filzah mengakui perlu mendapatkan bimbingan daripada pelakon senior iaituFatimah Abu Bakar untuk membantunya menjiwai watak Nabilla dalam drama bersiri Mandul Bukan Pilihan.
Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badruddin, 32, cabaran utama yang dihadapinya dalam drama ini adalah menyampaikan emosi dan memahami perjalanan watak Nabilla secara mendalam.
“Untuk drama Mandul Bukan Pilihan ini, saya masuk kelas lakonan bersama pelakon hebat iaitu Cikgu Fatimah Abu Bakar.
Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badruddin, 32, cabaran utama yang dihadapinya dalam drama ini adalah menyampaikan emosi dan memahami perjalanan watak Nabilla secara mendalam.
“Untuk drama Mandul Bukan Pilihan ini, saya masuk kelas lakonan bersama pelakon hebat iaitu Cikgu Fatimah Abu Bakar.
“Kalou dibandingkan dengan watak Elinna dalam drama Curang Tanpa Niat bersama Elly Suriaty cuma kali ni saya bersama Cikgu Fatimah sebab saya rasa dia boleh membantu saya pottery watak Billa dalam drama ini,” katanya kepada Gempak.
Mira berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sidang Media ‘Thariq Ridzuwan: His Treasure’ & ‘Mandul Bukan Pilihan’ yang berlangsung di TGV Cinemas, Suria KLCC baru baru ini.
Tambahnya lagi, watak tersebut begitu mencabar sehingga dia risau tidak dapat menyampaikannya dengan baik.
Aktres yang terkenal dengan drama Curang Tanpa Niat itu mengambil inisiatif untuk mendapatkan bimbingan profesional demi memberikan persembahan terbaik kepada penonton.
“Saya perlu minta bantuan sebab saya takut watak itu tak sampai. Saya sentiasa nak buat yang terbaik, lebih-lebih lagi sebagai seorang selebriti dan ibu, saya sangat memilih naskhah kerana saya juga ada perniagaan dan keluarga yang perlu diutamakan,” jelasnya.
Pada masa sama, Mira turut mengakui watak Nabilla susah untuk dihayati dan mengambil masa yang lama untuk dia betul-betul faham emosi dan latar belakang watak tersebut.
“Saya ambil masa lama untuk betul-betul faham watak ini. Masa tengah penggambaran pun saya masih rasa watak Billa susah nak sebati dengan diri saya.
“Sebab itulah saya minta tolong Cikgu Fatimah. Dia banyak bantu saya dari segi emosi dan interpretasi skrip,” kongsinya.
Drama Mandul Bukan Pilihan mengangkat isu kesuburan dalam kalangan wanita dan bagaimana sebuah perkahwinan itu diuji dengan kehadiran orang ketiga. Drama ini akan mula menemui penonton bermula 14 Julai ini di Astro Ria.