Laman Utama

Mira Filzah Jadi Penata Hijab Untuk Majlis Pernikahan Teman, Netizen Puji Cantik & Kemas Lilitan!

gempak
Azwa Rahman
18/12/2020
05:25 MYT
Sponsor Banner
Mira Filzah Jadi Penata Hijab Untuk Majlis Pernikahan Teman, Netizen Puji Cantik & Kemas Lilitan!
Pelakon Mira Filzah mencuri perhatian wargamaya apabila menjadi penata gaya tudung bagi majlis pernikahan seorang temannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Mira berkongsi beberapa keping foto dirinya sedang menyiapkan pemakaian tudung temannya yang tampil serba putih pada hari bahagia.
“Penata gaya hijab separuh masa pada hari pernikahan teman perempuan saya,” tulis Mira di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, temannya yang dikenali sebagai Diana Khairuddin meluahkan ucapan terima kasih pada sentuhan gaya Mira yang sangat cantik.
Malah, ramai wargamaya yang turut bersetuju sentuhan ikatan tudung Mira itu cukup bergaya sehingga ada meminta dibuat video tutorial.
Ada juga yang turut mengusik mereka mahu menempah Mira untuk menggayakan tudung mereka pada hari perkahwinan kelak.
Aww hebatnya mak andam,” puji seorang wargamaya.
Pandai Mira pakaikan, cantik,” komen seorang wargamaya.
Kemas je lilitan Mira buat tu, cantik sangat,” tulis seorang wargamaya.
Sis i nak booking untuk hari perkahwinan nanti,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 178,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live