Mira Filzah Teringin Bekerja Dengan Produksi Layangan Putus - "Bak Kata Aina Abdul, Mimpi Itu Percuma"
Asyikin Mayudin
20/02/2023 09:55 MYT
20/02/2023 09:55 MYT
Pelakon Mira Filzah menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan barisan pelakon dan produksi drama Indonesia popular iaitu Layangan Putus.
Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Badioezaman, tidak salah untuk dia memasang impian memandangkan penyanyi Aina Abdul pernah berkata mimpi itu indah dan percuma.
“Sudah lama memasang impian untuk berkerja bersama mereka di Indonesia. Bak kata @ainaabdul, ‘mimpi itu percuma’,” kata Mira menerusi Instastory miliknya.
Perkongsian Mira itu mendapat perhatian netizen yang meluahkan rasa teruja kerana beranggapan aktres itu sudah menerima tawaran untuk berlakon di Indonesia.
Membalas mesej individu itu, Mira menjelaskan dia hanya berangan dan mengajak semua peminatnya mendoakan agar impiannya itu tercapai.
“Eh tidak tau. Haha. Berangan saja. Aahh sudah nanti ada juga yang salah faham. Kan ‘memasang impian’ kita kata. Haha.
“Sesiapa yang terlintas igs ni marilah sama-sama amin kan untuk saya okay!” jelas Mira.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.