Selepas mendedahkan sedang berkenalan dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identiti, pelakon Mira Filzah memuat naik entri di Instastories sedang melakukan sesi fitting baju pengantin di sebuah butik pereka fesyen tempatan, Rico Rinaldi hari ini.

Secara tidak langsung kemas kini terbabit mencetuskan tanda tanya ramai adakah pelakon itu bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat.

"Done fitting," tulis Mira menerusi kemaskini terbabit.



Terdahulu, menerusi kemas kini pengurus Mira seolah-olah memberikan bayangan pelakon itu sudah bersedia untuk berumah tangga.

Sementara itu, pereka fesyen Rico Rinaldi enggan mengulas lanjut mengenai kehadiran di butiknya untuk sesi fitting baju pengantin hari ini.

"Saya ada bertanyakan Mira selepas melihat entri yang dimuat naik oleh pengurusnya seperti memberikan bayangan akan berkahwin tahun depan.

"Tetapi Mira hanya ketawa dan wajahnya kelihatan berseri-seri. Malu-malu kucing pun ada," jelas Rico.


From airport straight to fitting ?? @mfmirafilzah ?

A post shared by RICO RINALDI (@thericorinaldi) on


Malah di ruangan komen akaun Instagram pereka fesyen itu, netizen mula membuat spekulasi pelakon cantik kesayangan ramai itu sedang rancak membuat persiapan menjelang hari bahagianya.



Menerusi laporan Harian Metro, Mira mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam penggiat industri hiburan.