Walaupun baru bersiaran sebanyak 13 episod namun drama adaptasi Korea Temptation Of Wife iaitu Dendam Seorang Isteri sememangnya menarik perhatian netizen.

Tiga karakter utamanya, Amira (Fasha Sandha), Kirana (Nad Zainal) dan Haris (Wan Raja) masing-masing berjaya membuatkan hati netizen panas!

Minggu ini nampaknya rasa sakit hati itu lebih kepada Amira kerana terlalu naif dan reda dengan keadaan yang berlaku.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Selain itu, netizen juga sakit hati kerana Amira tidak mahu bersuara dan mempertahankan dirinya yang sering menjadi mangsa terutamanya Mona (Ziema Din) iaitu ibu mentuanya.


Bagaimanapun jangan bimbang kerana ini baru sahaja permulaan, Amira akan bangkit untuk membalas dendam tidak lama lagi.

Apa pula yang akan berlaku hari ini?

Saksikan Dendam Seorang Isteri secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Pada yang terlepas boleh juga ditonton di Astro Go dan On Demand.