HIBURAN

Misha Omar ‘Menangis’ Dengar Ammar Ayyan Menyanyi

Asyraf Roslan 19/08/2025 | 02:55 MYT
Penyanyi, Misha Omar meluahkan rasa terharu apabila karya nyanyiannya mendapat perhatian dan mampu menarik minat peminat generasi muda.

Menurut pelantun lagu, Bunga-Bunga Cinta itu, dia hanya mampu tersenyum apabila mengetahui perkara tersebut.

“Sangat banggaaaaa!!! Harini masih senyum-senyum bangga anak muda tahu lagu saya,” katanya di ruangan komen.

Mengulas mengenai nyanyian anak kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Ammar Ayyan, Misha akui tidak dapat menahan kesedihan.

Jelas Misha, setiap kali melihat kandungan digital Ammar di media sosial dia terus teringat kepada anak sulungnya, Muhammad Idris Ezzwa.

“Saya tak boleh nak komen, sebab bila dengar tadi saya rasa nak nangis sebab bila saya tengok content dia dekat sosial media, cara dia bercakap sama macam anak saya yang pertama. Dia juga seorang yang pemalu dan introvert,” ujarnya.

Misha berkongsi perkara itu ketika dihubungi dalam segmen 3 Pagi ERA yang dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad.
#Misha Omar #Break #Ammar Hayyan