Personaliti media sosial kesayangan ramai, Khairul Aming membuka akaun Instagram (IG) keduanya.

Dengan menggunakan id @amingnaksihat, IG tersebut dibuka untuk berkongsi menu-menu masakan sihat.

Difahamkan Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman kini dalam misi menguruskan badan selain ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Pada mulanya Khairul Aming Amin hanya berkongsi aktiviti sihat menerusi akaun utama namun disebabkan permintaan pengikutnya yang mahu dia berkongsi menu masakan sihat yang diamalkannya maka jejaka ini membuat keputusan untuk membuka akaun baharu.

Menariknya lagi, akaun yang baru dibuka pada Jumaat (13 November 2020) itu kini sudah mencecah lebih 139,000 pengikut. Hebatnya!

Bagaimanapun Khairul Aming berharap agar tidak ada pihak yang memberi kecaman terhadap pemakanan dan gaya hidup baru yang cuba diamalkannya.

A post shared by Aming Nak Sihat (@amingnaksihat)


Khairul Aming merupakan antara Instafamous popular paling digemari netizen kerana sikapnya yang peramah serta lawak yang bersahaja ketika melakukan video masakan.