Berita

'Misi Riuh Raya', Iklan Raya PETRONAS Paling Santai Tapi Mendalam Maknanya

gempak
Syafiqah Jalal
14/06/2018
03:33 MYT
Sponsor Banner
'Misi Riuh Raya', Iklan Raya PETRONAS Paling Santai Tapi Mendalam Maknanya
Iklan raya PETRONAS 2018 berjudul 'Misi Riuh Raya' tampil dengan elemen lucu dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej penuh bermakna.
'Misi Riuh Raya' mengisahkan cabaran lima beradik membuat kejutan pulang ke kampung halaman berhari Raya bersama ibu bapa mereka.
Setiap adik beradik itu diberikan tugasan serta misi berbeza untuk memastikan Hari Raya lengkap bersama seluruh keluarga.
Kisah keterujaan serta cabaran balik kampung mereka itu amat menghiburkan dan dalam masa yang sama mencerminkan tradisi masyarakat kita menjelang Syawal.
Paling kelakar misi adik bongsu mereka iaitu Pok Su yang terpaksa menebalkan muka membawa lampu ketupat yang membaluti badannya untuk balik kampung dengan menaiki kereta api.
Manakala Mak Teh pula hampir tidak dapat membawa dua periuk besar rendang yang dimasaknya menaiki bas.
Pun begitu iklan yang berdurasi lebih tiga minit itu juga turut menyelitkan elemen kesabaran, kemurahan, kemaafan dan perpaduan keluarga selari dengan semangat Aidilfitri.
Kemuncak iklan raya PETRONAS ini juga telah menyentuh perasaan segenap lapisan masyarakat sempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba. Inilah legasi iklan Hari Raya yang sangat sinonim dengan PETRONAS.
Saksikan sendiri iklan raya PETRONAS 2018 berjudul 'Misi Riuh Raya' di saluran media sosial rasmi Petronas di Facebook dan YouTube seperti di bawah:
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar