Seorang TikToker dikenali sebagai Anggik Maem telah menjadi mangsa buli siber hanya kerana dia menghasilkan konten video makan makan kampung.

Menerusi TikTok miliknya, Anggik sendiri mendedahkab tangkap layar komen seorang individu yang telah menghina dan melabelkan dirinya sebagai orang miskin kerana hanya mampu membuat video mukbang makanan biasa-biasa sahaja.

Video tersebut merakamkan Anggik sedang menikmati nasi putih, tempe goreng dan juga sayur.

“Miskin tak perlu nak mukbang!” tulis individu tersebut.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila Anggik mula mengesat air matanya sambil mengunyah makanan berkenaan.

@anggik_maem2 bismillah semangat terus ?? #fyp ##bully #stopbodyshaming #stopbullying?✋ #stopbody #sad #sadstory #semangatterus #bullying #sedihhh #fypシ゚viral #fypシ #mukbangvidio #semangatku ♬ suara asli - @Angik_Maem2

Dalam pada itu, ruangan komen di video tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen Malaysia.

“Satu datang, sejuta sampai belakang support bang. Kata-kata dia itu akan jadi sebab kenapa abang berjaya satu hari nanti! Salam Dari Malaysia,” - @shah

“Makanan yang paling sedap paling nikmat ialah makanan yang sederhana... Biarkan yang menghina ntah ntah makan mewah pun minta orang belanja kan,” - @nss

“Sebenarnya saya lagi suka mukbang yang macam ni daripada makanan mahal mahal tu, keep going,” - @Monarchfyae

“Orang susah pun boleh buat mukbang, jangan dengar kata orang lain bang, buat sahaja mukbang, tu tempat kamu cari rezeki,” - @Izzah Syahira