Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Miss Grand Malaysia, Jasebel Robert Tayang Kostum Kebangsaan Mak Yong, Lawa Ker Tidak?

Amri Hassan
17/03/2021 04:25 MYT
Ratu cantik Miss Grand Malaysia, Jasebel Robert, akhirnya mendedahkan rekaan kostum kebangsaan (national costume) untuk pertandingan Miss Grand International yang sedang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, Jasebel menyarung sepersalinan kostum tradisional penari Mak Yong berwarna keemasan sampil memegang alat muzik rebab.

"Mewakili Malaysia, ini merupakan kostum yang diinspirasikan daripada seni tradisional Mak Yong, yang diberi nama 'Mak Yong - The Legend of Khatijah Awang'.

"Kostum in direka oleh Ain Mohamad dari Kelantan dan melambangkan serta mewakili ciri-ciri dan budaya bangsa Malaysia.

"Tarian Mak Yong telah diisytiharkan sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2005 apabila ia semakin kurang dipersembahkan di Malaysia.

"Pada zaman dahulu, Mak Yong merupakan tarian teaterikal Melayu yang dipersembahkan untuk tujuan hiburan dan ritual perubatan di Kelantan. Apa pandangan anda?" tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jasebel Robert (@jasebelrobert)


Uniknya pada kostum kebangsaan tahun ini, hiasan kepalanya turut dilengkapi dengan perincian baju jemeki serta bertatahkan hiasan ikonik KLCC dan Tugu Negara berwarna emas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by M'SIAN BEAUTY PAGEANT FAN CLUB (@malaysianbeautypageantfc)


Acara Miss Grand International 2020 merupakan kali kelapan penganjuran dan akan berlangsung pada 27 Mac 2021 di Show DC Hall, Bangkok, Thailand.

Tahun lalu, Valentina Figuera dari Venezuela telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Grand International.
#Kelantan #Jasebel Robert #Mak Yong #Miss Grand International #Miss Grand Malaysia