Gaya Hidup
"Miss Pharmacy" Kini Bergelar Model Victoria Secret
Seorang gadis yang berasal dari Filipina telah dipilih menjadi model jenama pakaian dalam dan wangian popular, Victoria Secret.
Menariknya, ini merupakan kali pertama gadis Filipina dipilih untuk menjadi model jenama terkemuka tersebut.
Selain itu, pemilik nama Janine Tugonon yang juga merupakan bekas juara pertandingan ratu cantik ini adalah seorang pelajar dalam jurusan farmasi dan perubatan.
Janine mula melibatkan diri dalam dunia peragaan sewaktu di zaman sekolah dan telah mewakili kelas dalam beberapa pertandingan ratu cantik.
Gadis itu juga turut digelar sebagai ”Miss Pharmacy” kerana sering menjuarai pertandingan ratu cantik yang disertainya.
Selepas menjuarai beberapa pertandingan, Janine mula mencuba nasib di peringkat negara dan telah menjuarai pertandingan Miss Universe Philippines.
Dia kemudian melebarkan sayap dengan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa, Miss Universe di Las Vegas.
Perjalanan karier Janine sebagai ratu cantik amat mudah pada awalnya, namun cabaran sebenar perlu ditempuhi apabila dirinya mula ditolak oleh syarikat pengiklanan untuk dijadikan model.
Walaupun pernah gagal beberapa kali, Janine kini berjaya menjadi model jenama Victoria Secret selepas menyertai ujibakat yang dianjurkan oleh syarikat tersebut.
Sumber : Teenvogue.com
Olahan : Izzat Ridzwan