Miss Universe 2018 Milik Catriona Gray Dari Filipina

Amri Hassan
Disember 17, 2018 07:18 MYT
Ratu cantik dari Filipina, Catriona Gray menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Miss Universe 2018.
Catriona mengetepikan saingan dari Venezuela dan Afrika Selatan di peringkat Top 3.
Terdahulu lima peserta yang sememangnya sudah dijangka daripada awal melepasi peringkat Top 5 antaranya Puerto Rico, Vietnam, Filipina, Afrika Selatan dan Venezuela.
Catriona bersaing bersama 94 peserta dari seluruh dunia dan mula ‘berkampung’ di Bangkok, Thailand sejak November lalu.
Untuk rekod, kali terakhir Filipina memenangi gelaran Miss Universe adalah pada penganjuran tahun 2015 menerusi penyertaan Pia Wurtzbach.
Negara kepulauan di Asia Tenggara itu juga pernah membawa pulang mahkota kemenangan itu pada tahun 1969 (Gloria Diaz) dan pada 1973 (Margarita Moran).
Jom lihat gambar-gambar menarik Miss Universe 2018, Catriona Gray!
#Filipina #Catriona Gray #Miss Universe 2018