Ratu cantik dari Amerika Syarikat, Shelby Ann Howell dinobatkan sebagai Miss CosmoWorld 2023.

Shelby berjaya mengalahkan 24 peserta lain dan mencuri tumpuan dalam semua peringkat termasuk pusingan akhir lima terbaik menewaskan calon dari Lithuania, Ukraine, Filipina dan Kanada.

BERITA TRENDING: Mahkota Miss Globe 2023 Milik Malaysia, Manvin Khera Slay Semua Pusingan!

Kemenangan Shelby itu melayakkannya membawa pulang hadiah utama bernilai RM1.08 juta.

Manakala, tempat kedua menjadi milik Filipina dan berjaya memenangi hadiah bernilai RM433,850 dan Ukraine pula berada di tempat ketiga bersama hadiah bernilai RM274,963.

A post shared by Brian Lee (@brianlkl)


Malaysia turut mencuri tumpuan sepanjang pertandingan yang berlangsung sejak awal November lalu.

Diwakili oleh Tay Cheah, gadis itu turut dinobatkan sebagai Miss Talent ketika pertandingan akhir Miss CosmoWorld 2023 yang berlangsung di Hotel St. Regis Kuala Lumpur pada Rabu.

Edisi ketujuh Miss CosmoWorld International World Final itu turut menyaksikan penyertaan dari beberapa negara lain seperti Singapura, Myanmar, Jepun, Indonesia, Rusia, China, Afrika Selatan, Poland, Kazakhstan, Korea, Kemboja dan Australia.

Jom semak senarai pemenang sampingan lain:

Best National Costume: Miss Philippines
Best Creativity: Poland
Miss photogenic: USA
Miss Healthy: Philippines
Miss Glamorous: Philippines
Miss Personality: Philippines
Miss Talent: Malaysia
Miss Popularity: Myanmar
Miss Courageous: Kenya
Miss Congeniality: Korea