Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

MissK: Dengar Cerita Dah ‘Broke’ Tapi… Duk Tayang Kemewahan Kat Media Sosial Macam ‘Have-Have’

Fiza Kamarudin
06/09/2021 11:40 MYT
Nampaknya ungkapan ‘biar papa asal bergaya’ sangat sesuai untuk ‘dunia tipu-tipu’ hari ni. Kenapa Miss K cakap macam tu?

Sebab Miss K tengok kehidupan seorang selebriti ni, bukan main lagi duk tayang kemewahan kat media sosial.

Padahal, Miss K dengar realitinya dah tak mewah pun. Senang cakap dah ‘broke’! Tapi, punyalah nak tunjuk kat pengikut ‘dunia-tipu-tipu’ tu…fuhhhhhh!

Sumber Miss K kata kehidupan selebriti tu sekarang memang dah nyawa-nyawa kucing! Sebab apa kucing? Sebab kucing kan ada sembilan nyawa…

So samalah macam selebriti ini, bergantung kepada talian hayat. Pinjam sana, pinjam sini. Kawan-kawan kelliling dah mula berbunyi sebab…kata ada masalah tapi bukan main lagi melaram, buat party bagai…

Aduhhhhh…dik, meh sini Miss K nak cakap. Penting sangat ke ‘tayangan’ di pentas ‘dunia tipu-tipu’ ni dik?

Berpijaklah di bumi yang nyata ya. Kawan-kawan tolong sebab adik kata adik susah, duit tak cukup. Tup-tup konti tak jaga!

Jangan salah kawan-kawan yang ‘mengadu domba’, diaorang pun dah tak larat nak cover-line awak lagi. Dorang bukan tak simpati tapi nampaknya adik pun tak kasihankan diri sendiri.

Miss K harap, adik berhentilah berlakon-berlakon khaya ni. Lambat-laun tembelang pecah siapa yang malu? Diri sendiri juga.

Tak payah diikutkan arus ‘dunia tipu-tipu’ ni, makan diri nanti dik.

Okaylah, Miss K pun tak nak ulas panjang-panjang takut nanti terkena di batang hidung sendiri pula. Miss K Cuma berpesan-pesan supaya beringat.

Kepada selebriti tu Miss K rasa daripada duk menunjuk-nunjuk benda yang taka da, baiklah fikir macam mana nak tambah ekonomi keluarga.

MissK: Dunia tipu-tipu ke dunia betul-betul ke Miss K tetap sama. Wahhhh gituw!

#Miss K #Gossip #Kontroversi #MissK
;