Angin tak ada ribut tak ada, tup-tup Miss K terdengar pula cerita tentang pelawak popular berasal dari Sabah, Kumpulan Zero kini dah berpecah!

Fuhhh! Biar betul…tak mungkinlah trio tiga beradik ni bermasam muka sampai berpecah kan? Apa orang kata tu…air dicincang tidak akan putus. Tapi menurut sumber, ada sesuatu berlaku sehingga menyebabkan perpecahan kumpulan itu.

Alamak! Tak best lah macam tu kan. Miss K baru lepas tonton Panggung Memori minggu lepas. Nampak okay je Atu dan Sharif masa ditemubual Pak Nil.

Errr…atau baru berpecah? Sebab program Panggung Memori tu rakaman kan? Entahlah, Miss K pun tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita yang disampaikan.

Cuma Miss K yakin, hubungan tiga beradik ini Sharif, Atu dan Syaiful berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Kalau ada terkecil hati atau salah faham, itu biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit kan?

Apapun, Miss K harap…kalau benar ada masalah dalaman, diharap Kumpulan Zero dapat selesaikan dengan baik.

Lagipun Miss K rasa, peminat semua pun tak mahu tengok Kumpulan Zero ini berpecah. Sebab Kumpulan Zero ini menempa nama kerana keunikan mereka.

Lagi-lagi apabila mereka bercakap dalam dialek Sabah. Miss K suka, sebab bagi Miss K itulah keunikan Kumpulan Zero. Sentiasa memperjuangkan etnik mereka.

Dulu, mereka pernah dipandang rendah kerana kononnya bercakap dialek Sabah terlalu pekat sampai orang tak bagi job lah!

Tapi disebabkan mereka ini kental dan sentiasa sabar, rezeki itu ada sahaja…Mereka dipanggil berlakon teater, filem dan ada program sendiri.

Miss K harap, berita yang Miss K dengan tu tak benarlah ya…Miss K fan Zero tau, kalau salah seorang anggota keluar…Miss K rasa macam tak ‘kick’ pula!

Atau mungkin, berpecah seketika untuk ‘try an error’? Semoga baik-baik aja yang Zero! Ingat, jatuh bangun korang bersama-sama…

Miss K: Rindu nak tengok Maharaja Lawak Mega live…Bila agaknya dapat pergi menonton ya?