Laman Utama

#MissK: Tak Sangka…Muka Je Kacak, Mulut Mengalahkan Pon**n!

Miss K
23/08/2021
15:20 MYT
Sebenarnya ini bukan kali pertama Miss K dengar cerita fasal artis lelaki kacak sorang ni. Ya, dia memang kacak…Tinggi lampai, badan sedap…Bak kata orang memang dambaan ramai gadislah!
Silap-silap datin-datin kaya, janda-janda semua pun tergila-gilakan dia…Hehehe…Sajelah Miss K tambah rencah nak menggambarkan tentang kesempurnaan yang artis lelaki ni miliki.
Memang sempurna, ciptaan Illahi nan satu ini…Namun! Haaaa…ada namun tau…Di sebalik wajah kacak tu ada kelemahan.
Iyalah, korang pun tahu kan…Tak ada yang sempurna atau terlalu sempurna di muka bumi ni. Dia bagi lebih tang rupa mungkin ada kurang di mana-mana. Ye tak?
Macam yang Miss K cakap tadilah, bukan sekali dengar pasal perangai buruk artis kacak ni. Perangai buruk dia ialah bermulut ‘bocor’ dan suka jaja cerita sana-sini.
Yang Miss K dengar, pengurus dia pun dia kata! Kesian pengurus dia kan? Katanya sampai ke hari ini si pengurus masih bertahan dengan artis ni.
Bukan tak ada yang menyampai kepada pengurus tu, ada je yang bagitahu artis di bawah jagaan dia ni duk mengata dia itu ini.
Tapi…si pengurus hanya memilih untuk bersikap pekakkan telinga selagi ‘tak kantoi’ depan muka dia! Bak kata pengurus tu, dia hanya mencari rezeki halal dan dia sebenarnya terkejut juga sebab artis tu masih bersama dia, menggajikan dia!
Aneh-aneh perangai manusia ni kan? Depan manis bukan main lagi…Belakang? Habis dijaja kononnya pengurus kaki kikis, penipu, tak carikan job untuk dia.
Hello dik! Kalau dah kau rasa pengurus kau macam tu…Kau tak payahlah gajikan dia lagi! Ni aku tengok elok je kau melekat dengan pengurus kau tu!
Patutlah orang kata mulut kau ni mengalahkan pondan dik oi…Tapi mulut kau lagi keji dari pondan sebab kau cakap belakang!
Pondan memang la ada spesis yang cakap belakang tapi lagi ramai yang suka laserkan terus!
Ni Miss K nak pesan…Berhati-hatilah dik bila bercerita tentang orang lain tu. Takut nanti bertemu buku dengan ruas jatuh terduduk kau nanti.
Peminat kau boleh tipu dik tapi orang dalam industri ni dah ramai tahu perangai kau tu. Bawak-bawak la berubah sementara orang pejam mata ni.
Manalah tahu, lepas dah dibenarkan shooting balik nanti orang terbuka nak ambil kau berlakon…Sekarang ni pun ramai producer elak bekerja dengan kau sebab perangai suka menjaja kau tu.
Bukan kau tak pernah lagakan pengurus kau dengan artis-artis yang pernah bekerja dengan kau. Dah ramai orang tahu dik…Tinggal lagi topeng muka kau tu tak terbukak je. Hmmm…
Dan kau patut sedar yang producer masih ambil kau berlakon sebab pujuk rayu pengurus kau tau!
So, sedarlah diri tu ya dik. Jangan cakap orang ini tak bagus, orang itu tak betul…Sedangkan yang senget tu kau!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Viral

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

gempak
11/07/2024
05:14 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai berhubung salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Hiburan

Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

gempak
11/07/2024
04:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah berkongsi momen pertama kali dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk menyertai program Akademi Fantasia musim kelima.