Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri akan menemui penonton dengan episod ke-12 berjudul Alam Pak Din (bahagian 2) pada malam esok.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan pelakon jemputan Nasir Jani dan Faizal Chal yang menjadi makhluk asing.

Kisah bermula apabila Barkoba menjadi gagah, Wani menjadi pintar dan Pak Karim berlari pantas. Orang kampung hairan bagaimana Barkoba menjadi kuat.

Ini kerana Alien telah memberi kuasa pada sebahagian penduduk Kampong Pisang.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Macam-macam kejadian pelik yang berlaku sejak kedatangan mereka.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).