Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Misteri ‘Kubur Berdarah’ Akhirnya Terjawab! Cecair Merah Itu Rupanya...

Hanafis Haris 06/11/2020 | 16:00 MYT

Sekitar September lalu, seluruh rakyat Malaysia telah digemparkan dengan sepotong video yang cukup aneh.

Ini kerana video tersebut memaparkan keadaan sebuah kubur yang didakwa mengeluarkan cecair merah seakan darah.

Kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, Alor Setar, Kedah.

Isu itu kemudian menjadi serius hingga memaksa ahli jawatankuasa kampung menimbus semula kubur berkenaan bagi mengelak berlakunya fitnah.

Malah, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi demi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Namun, hari ini keputusan mengenai punca sebenar cecair itu berwarna merah telah pun terjawab.

Menerusi Sinar Harian, cecair merah ditemui di sebuah kubur itu bukanlah darah sebaliknya merupakan campuran bahan seperti cat dan minyak.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya percaya kejadian itu diwujudkan segelintir individu yang disifatkan sebagai 'nakal' bagi menarik perhatian orang ramai.

Menurutnya, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat oleh polis.

"Hasil siasatan dan kajian saintifik yang telah dilakukan oleh pihak kami mendapati warna yang dikatakan darah itu sebenarnya adalah cecair yang dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu seperti minyak dan cat.

"Jika dilihat cecair itu memang macam darah tetapi bukan sebenarnya. Kubur itu masih baharu dan kebetulan ada lekuk, mudah untuk mereka letakkan benda itu (cecair merah)," katanya.

BACA: “Sedangkan Arwah Banyak Beramal Kebajikan Di...” - Imam Rayu Hentikan Penyebaran Video Kubur Berdarah

Sumber: Sinar Harian

Gambar: Twitter

#Viral. #Kubur Berdarah
;