Program bual bicara mengenai kehidupan yang menyentuh permasalahan mental, #SembangTepiKakGee sudah melepasi separuh episod programnya.

Program ini menampilkan pakar psikologi klinikal Akif Basri bersama Kak Gee yang menjadi perantara dan seorang tetamu undangan setiap minggu mengupas isu yang dibincangkan.

Setelah 5 episod, antaranya dengan menampilkan Dini Schatzmann dalam episod OCD, Catriona Ross menerusi episod Trauma dan Karl Shafek dengan kisah Anxiety, penonton masih tertanya siapakah sosok sebenar Kak Gee ini.

Kak Gee yang berperanan sebagai mendengar masalah kemudian membincangkan ia secara sihat untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang masalah kesihatan mental ini hanya akan memperkenalkan identiti sebenarnya pada episod terakhir iaitu episod kelapan.

Namun, sepanjang beberapa episod bersiaran, ramai penonton yang mengikuti program ini membuat andaian tentang siapa sosok sebenar Kak Gee.

Malah salah seorang selebriti yang dijemput hadir ke program ini sempat menyangka Kak Gee adalah penyanyi Fauziah Latif.

Ada juga yang berpendapat cara penyampaian Kak Gee seperti pelakon dan penyanyi Sarimah Ibrahim.

Dan tak kurang juga yang menebak Kak Gee adalah penyanyi Misha Omar.

Biar apapun tebakan kalian, jangan lupa untuk terus saksikan #SembangTepiKakGee sehingga penghujung episod kerana Kak Gee akan menyapa dan memperkenalkan identitinya kepada umum kelak.

#SembangTepiKakgee boleh disaksikan setiap Khamis di platform Gempak pukul 9 malam atau setiap Isnin pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) atau strim di Astro Go dan On Demand.