Jenama mewah dari Itali, Miu Miu meraih perhatian netizen dan pencinta fesyen apabila melancarkan seluar dalam dengan harga yang tidak masuk akal.

Pertama kali dipersembahkan pada Milan Fashion Week 2023 menerusi koleksi musim luruh dan sejuk 2023, seluar dalam yang dihiasi labuci berkilat itu dijual pada harga AS$5,600 (RM26,351) sehelai.

"Sulaman kristal halus menambah pantulan berkilauan di seluruh koleksi Miu Miu Fall/Winter 2023," tulis kapsyen di akaun Instagram rasmi Miu Miu.

Akaun Instagram yang popular dengan kandungan fesyen, Diet Prada turut mengulas mengenai seluar dalam yang dipersembahkan oleh Miu Miu itu.

A post shared by Diet Prada ™ (@diet_prada)


“Adakah anda mahukan seluar dalam labuci Miu Miu atau seluar dalam korduroi dengan tali pinggang?” tulis akaun berkenaan.

Selain itu, Diet Prada turut memaparkan beberapa siri komen netizen, termasuk yang merasakan seluar dalam tersebut membuatkan mereka gatal.

Komen yang sama turut membanjiri muat naik Miu Miu yang memaparkan seluar dalam labuci.

“Saya dapat rasakan gatal yang menjalar.”

“Nampak sangat tak selesa, buat gatal.”

“Nampak pedih, gatal, tak selesa, ketat.”

Daripada majoriti netizen yang mengulas serong mengenai seluar dalam itu, ada segelintir netizen yang memberi pujian.

Menurut mereka yang memuji, seluar dalam ini seolah-olah dicipta untuk trend tampil hanya memakai seluar dalam kening tanpa seluar atau seluar ketat ketika keluar rumah.

Trend keluar rumah dengan hanya memakai seluar dalam ini telah diperagakan beberapa kali oleh selebriti.

Sebagai contoh, Kylie Jenner yang menghadiri pertunjukan fesyen Loewe di Minggu Fesyen Paris 2022 kepada Bella Hadid yang berjalan di sekitar Manhattan pada 2022.

Selain seluar dalam labuci, Miu Miu turut melancarkan seluar dalam yang diperbuat daripada kashmir dengan harga AS$1,000 (RM4,694). Selain itu, terdapat juga seluar dalam nilon dengan sulaman bunga dengan harga AS$1,420 (RM6,666).

BACA: Berisiko? Rupanya Seluar Dalam Perlu Ditukar Selepas…​

BACA: Zoey Upload Gambar Lelaki Berseluar Dalam, Bikin Peminat Naik 'Geram'!​