,
Hiburan

“Mizz Nina Has All The Right To Fight For Musa” - Aminahtul Mardiah

Izwan Isa
29/01/2024
00:55 MYT
Peguam dan juga pencipta kandungan berbentuk perundangan, Aminahtul Mardiah mengulas mengenai perkembangan terkini mengenai polemik ‘perebutan’ anak angkat, Musa yang berlaku antara selebriti Mizz Nina dan bekas suaminya, penyanyi Noh Salleh.
Aminahtul yang juga calon Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA2023) berkata, perbuatan mengambil Musa tanpa kebenaran Mizz Nina merupakan satu kesalahan jenayah dan individu itu boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.
“Yang pertama, tindakan bekas suami Mizz Nina mengambil Musa tanpa kebenaran Mizz Nina adalah satu tindakan kesalahan jenayah.
“Di bawah seksyen 361 kanun keseksaan menyatakan bahawa, mana-mana individu yang mengambil anak lelaki bawah usia 14 tahun yang diambil daripada penjaga yang sah, tanpa kebenaran telah melakukan kesalahan culik yang boleh dihukum di bawah seksyen 363 iaitu maksimum penjara 7 tahun.
“Dalam kes ini selepas bercerai ada satu surat akuan sumpah yang ditandatangani oleh bekas suami Mizz Nina bagi tujuan menyerahkan Musa kepada Mizz Nina. So penjaga yg sah siapa sekarang? Mizz Nina,” katanya menerusi platform TikTok.
@aminahtulmardiah Ibu kandung musa, Mizz nina moga dipermudahkan semuanya. Jangan lupa tekan link undi ?? #learnontiktok #lawyer #tiktokguru ♬ Islam - Lafina
Aminahtul berkata, disebabkan hal itu, tindakan tersebut boleh dikatakan sebagai culik.
“Kedua, surat akuan sumpah telah ditandatangani. Apabila surat akuan sumpah telah ditandatangani, saya percaya bekas suami seharusnya menghormati perjanjian yang telah ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah tersebut.
“Jadi, Mizz Nina telah mendapat semua Musa selepa tiga minggu lebih tidak tahu di mana Musa berada… tidak ada perkhabaran. Dan ini pun selepas mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah untuk menyerahkan semula Musa kepada Mizz Nina,” katanya.
Sebelum menutup perkongsiannya, Aminahtul sempat berpesan supaya kita sentiasa berpegang pada undang-undang, sungguhpun ia melibatkan perasaan yang mengikat emosi.
“As a mother myself I understand, kita rindu anak tak kisahlah anak angkat ke anak susuan. But the point is this. Negara kita ada undang-undang. You need to respect the law. Bila kita langgar undang-undang and we expect people to understand why we go against it, then don't preach anything.
“Mana-mana ibu bapa mesti akan rindu anak-anak. Tapi cara yang dibuat adalah cara yang salah, and Mizz Nina has all the rights to fight for Musa,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Hiburan

Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"

gempak
22/09/2024
10:55 MYT
Penyanyi Noh Salleh berkongsi berita duka apabila cahaya matanya bersama isteri, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Hiburan

Kapsyen Isteri Noh Bikin Suspens, Netizen Mula Ucap Tahniah!

gempak
13/04/2024
04:57 MYT
"Aidil-fit-three," demikian kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Athira Mustapa di Instagram yang sekali gus mencetuskan rasa suspens dalam kalangan warganet.
Viral

#GMWA23: Daniel Ajar Ayat ‘Agittew’, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Calum Scott Nak Sebut - “Selamba Dia Gula-Gulakan Macam Tu”

gempak
29/02/2024
12:55 MYT
Selamba je Daniel kacau Calum Scott.
Terkini

#GMWA2023: Kegagalan Tak Patahkan Semangat Aizat Saha, Lebih Semangat Berkarya! - “Mungkin Ada Rasa Sikit Kecewakan Fans, Cuma…”

gempak
27/02/2024
08:55 MYT
Gagal meraih kemenangan menerusi kategori Video Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), Aizat Saha menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha pada masa akan datang
Unitar