,
Laman Utama

Mizz Nina Kongsi Video Naik Motosikal Dengan Suami, Lain Pula Yang Netizen Perasan…

Asyikin Mayudin
27/06/2023
06:50 MYT
Perkongsian video aktivitis keagamaan dan usahawan, Mizz Nina di Instastory miliknya bersama suaminya iaitu penyanyi Essam Muhammad menarik perhatian netizen.
Video itu memperlihatkan Mizz Nina menaiki motosikal bersama suaminya berjalan-jalan sekitar Rotterdam, Netherlands.
“Jadi, Alhamdulillah.. suami saya telah menemui motosikal miliknya. Apakah perancangan kita pada hari ini?,” kata Mizz Nina menerusi perkongsian itu.
Video yang dikongsikan semula di Instagram rasmi HLive itu menerima maklum balas positif daripada peminat yang rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka selain memuji persamaan wajah pasangan itu.
Malah, ada juga yang memuji kesederhaan Mizz Nina yang juga merupakan anak kepada orang kenamaan dengan gaya hidup minimalis itu.
“La seiras wei… semoga kekal bahagia hingga ke syurga ya Mizz Nina dan suami.
‘MashaAllah... bila tengok betul-betul, ditenung, direnung baru perasan yang rupa hubby Mizz Nina ada iras wajah Mizz Nina. SubhanaAllah. Semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke jannah.
“Ni baru betul berzuhud. Bukannya tayang Lambo, Ferrari, McLaren. Hidup bersederhana yang sepatutnya,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT.
Malah, Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rap, Penulis Lagu & Pendakwah, Jom Semak Fakta Mengenai Suami Mizz Nina, Essam Muhammad
ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina Umum Nikah, Bakal Adakan Resepsi Di Kuala Lumpur
ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu Benar-Benar Hadiah & Yang Saya Harap…”- Musa Sambut Usia Setahun, Mizz Nina Titip Ucapan Istimewa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kapsyen Isteri Noh Bikin Suspens, Netizen Mula Ucap Tahniah!

gempak
13/04/2024
04:57 MYT
"Aidil-fit-three," demikian kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Athira Mustapa di Instagram yang sekali gus mencetuskan rasa suspens dalam kalangan warganet.
Berita

Tepis Dakwaan Netizen, Ibu Kandung Musa Nafi Terima Bayaran Daripada Mizz Nina - “Tidak, Saya Tidak Dibayar”

gempak
07/02/2024
07:55 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menepis dakwaan netizen yang mengatakan dia dibayar oleh Mizz Nina
Berita

Ibu Kandung Musa Kecewa Dengan Kenyataan Putar Belit Noh Salleh - “Semua Dia Kata Tak Benar”

gempak
07/02/2024
06:42 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menafikan sekali lagi segala kenyataan dikeluarkan penyanyi Noh Salleh di mahkamah, semalam
Hiburan

"Kau Tak Pernah Jaga Dia, Tinggal Pergi Dating"- Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Sebabkan Trauma Musa

gempak
06/02/2024
07:18 MYT
Noh Salleh dakwa Mizz Nina penyebab trauma Musa
Berita

Mizz Nina Bawa Musa Jumpa Pakar Psikiatri - "Waktu Pulang Rumah Dia Cirit Birit, Muntah, Kuku Panjang & Kotor"

gempak
06/02/2024
05:26 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mendakwa anak angkatnya, Musa mengalami trauma yang teruk selepas lebih tiga minggu berjauhan dengannya
Unitar