Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mizz Nina Lancarkan ‘Qalby App’, Mudahnya Nak Tengok Waktu Solat, Arah Kiblat, Koleksi Doa & Macam-Macam Lagi!

Fiza Kamarudin
10/12/2020 04:25 MYT
Aktivis Muslimah, Mizz Nina pada awal bulan lalu telah melancarkan sebuah aplikasi Islamik ‘Qalby App’ untuk berkongsikan mengenai pengetahuan dan keindahan Islam.

Aplikasi tersebut bagaimanapun sudah tersedia di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu dalam peringkat beta-testing dan mendapat sambutan positif.

A post shared by ???????? ????? (@officialmizznina)


Menurut Mizz Nina, inspirasi untuk menghasilkan Qalby App muncul ketika menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.

“Adakah hati kita benar-benar suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi hati dan perbuatan kita.

“Jadi begitulah lahirnya nama ‘Qalby’ tersebut yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab,” katanya menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram.

Qalby App menyediakan ciri-ciri seperti e-Journal, waktu solat, bacaan al-Quran, arah kiblat, koleksi doa, video ilmiah dan banyak lagi.

A post shared by ???????? ????? (@officialmizznina)

#Mizz Nina #Noh Salleh #Hijrah #Muslim friendly #Aktivis Muslimah #Lancar Aplikasi #Qalby App