Penyanyi rap MK K-Clique mencuri perhatian ramai selepas meluaskan cabang seninya sebagai pelakon.

Menerusi laman sosial Instagram, pengarah terkenal Michael Ang memaklumkan berita baik itu.


Michael juga turut mengumumkan pelakon perempuan yang membintangi drama tersebut adalah Mira Filzah.

Menariknya lagi, Michael turut berkongsi sedutan babak lakonan MK di dalam entri yang sama.

“Akan datang! Not typical love story! Memperkenalkan dua manusia paling twisted @hairiwhuut @mfmirafilzah @hy_helmiyusof luv u all and have a great weekend,” tulis Michael di ruangan kapsyen.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)


Video yang berdurasi lebih 30 saat itu merakamkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, sedang mengelamun terkenangkan seseorang sebelum telefonnya berdering.

Sementara itu di ruangan komen, ada wargamaya yang menyatakan rasa tidak sabar menantikan kolaborasi MK dan Mira Filzah dalam sebuah drama.

Bagaimanapun ada juga yang merasakan gandingan tersebut tidak sesuai dan mencadangkan nama pelakon wanita lain untuk dilakonkan bersama penyanyi rap itu.

Wow adakah MK berlakon dengan Mira Filzah wow macam tak percaya kalau MK jadi pelakon,” komen seorang wargamaya.

Heroin tak sesuai. Please cari heroin yang bujang, yang muka baru dan pandai berlakon!” cadang seorang wargamaya.

Wah bestnya! Heroin kalau Nabila Razali mesti lagi gempak,” kata seorang wargamaya.

I okay je kalau Mira Filzah heroin tapi kalau Nabila Razali lagi i suka,” tulis seorang wargamaya.

Mata MK seksi, fokus di matanya, penonton mu akan ramai,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.