Laman Utama
MK K Clique Pemalu, Takut Tengok Muka Wanita, Mungkin Ada Yang Boleh Buat First Move Dulu
Salah seorang anggota kumpulan K Clique, MK, kini melebarkan sayapnya sebagai seorang pelakon.
Dia pertama kali akan muncul sebagai pelakon dalam drama 20 episod berjudul The Hotel. Teruja kerana diberi kepercayaan menjadi pelakon dan digandingkan bersama Mira Filzah, namun MK berhadapan dengan satu masalah; membuang rasa malu.
Sikap pemalu terhadap wanita itu bukan keluar dari mulut lelaki tinggi lampai yang memang menjadi kekasih idaman gadis, tetapi ia dibocorkan oleh Mira Filzah.
"Dia pemalu. Saya yang perlu break the ice. Dia tak nak tengok muka kita dan tak bercakap," dedah Mira Filzah sewaktu sesi temu bual virtual mengenai drama The Hotel.
Bagaimanapun kata Mira Filzah, MK akhirnya dapat membiasakan diri menjadi pasangannya dalam drama tersebut, sekaligus membina chemistry bersama.
"Tapi bila lama lama, dia okay. Chemistry ambil masa dan dia boleh develop dengan baik. MK juga pendengar dan ambil nasihat dari kami sepanjang di set," kata Mira Fizlah.
Pendedahan itu diakui MK yang mengatakan hal tersukar saat berada di set penggambaran adalah mengikis perasaan malu.
"Saya malu. Tapi sangat teruja dapat berlakon dan menimba pengalaman baharu. Saya beruntung sebab semua orang tak lokek mengajar saya, jadi sebenarnya tak susah berlakon. Hanya saya malu," kata MK.
Menerusi lakonan sulungnya, The Hotel, MK membawa watak sebagai kekasih Mira Filzah. Malah lagu dari K Clique berjudul Sebelum turut dipilih menjadi lagu runut bunyi drama yang turut dibintangi Sean Lee, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi ini.
Drama ini akan ditayangkan dalam slot Megadrama di saluran Astro Ria 104 pada pukul 10 malam setiap Isnin hingga Khamis bermula 15 September 2021 ini.
Instagram: @hairiwhuut
Must-Watch Video