MK K-Clique Kongsi Kehamilan Isteri Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran, Peminat Komen: “Perut Besar Macam Baby Kembar”
Gempak
28/07/2024 09:25 MYT
28/07/2024 09:25 MYT
Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique menarik perhatian ramai apabila berkongsi berita kehamilan isterinya, Siti Hajaar, baru-baru ini.
Kongsi Kehamilan Isteri
Menerusi hantaran di Instagram (IG), MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memuat naik sebuah muzik video ‘cover’ lagu berjudul Oke nyanyian asal Keilandboi.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pelantun lagu Malampagi itu mencium ‘baby bump’ isterinya di dalam video tersebut.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pelantun lagu Malampagi itu mencium ‘baby bump’ isterinya di dalam video tersebut.
“Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah untuk semua nikmat-nikmat mu ya Allah,” tulisnya ringkas.
Lebih menarik, MK memuat naik video tersebut pada hari ulang tahun kelahirannya pada Sabtu.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian MK itu.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian MK itu.
Peminat Titip Doa
Malah, ramai juga yang turut mengucapkan tahniah kepada MK dan Siti Hajaar atas kehamilan cahaya mata sulung.
“Comel baby bump. Perut besar macam baby kembar,” tulis seorang pengikut.
“Alhamdulillah semoga Allah mudahkan segala urusan bakal parents kesayangan kami ini,” tulis peminat.
“MasyaAllah tahniah. MK Junior,” komen netizen.
Terdahulu, MK memaklumkan dia akan berkongsikan berita tersebut pada masa yang sesuai.
MK dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri pada 16 Jun tahun lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.
MK dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri pada 16 Jun tahun lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.