Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

MK Minta Maaf Sebab Mencarut, Emo Isu Influencer Perlekeh Warga Emas

Fiza Kamarudin 29/07/2021 | 23:45 MYT
Penyanyi rap MK K-Clique membuat permohonan maaf menerusi ruangan Instagram (IG) Storynya kerana beremosi dengan sikap biadab seorang influencer yang tular baru-baru ini.
MK mengakui menggunakan perkataan lucah yang ditujukan kepada influencer yang meninggikan suara terhadap lelaki warga emas di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.
“Bukan cara saya nak komen isu-isu semasa selama ini, tetapi lelaki tersebut cara dia melampau sangat, keterlaluan.
“Jangan ingat apabila berjaya boleh buat sesuka hati. Pakcik itu orang tua.
"Saya dari keluarga susah dan saya nampak pakcik itu macam bapa saya. Niat sama cara itu tak kena. Saya minta maaf sebab emosi sangat. Fikiran tak betul," katanya.
Tambah MK lagi, keterlanjurannya telah menyebabkan ramai pengikut (followers) di IG menegur dan memberikan kata-kata nasihat.
"Maafkan saya. Saya pun bodoh juga, manusia biasa marah ikut emosi. Saya minta maaf," katanya.
Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki yang juga influencer didakwa memperlekehkan seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ketika sesi motivasinya.
Tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk selebriti seperti Sharnaaz Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Datuk Awie, Achey dan ramai lagi.
Bagaimanapun lelaki tersebut yang dikenali sebagai Carl Samsudin telah tampil membuat maaf secara terbuka dan mengakui kekhilafannya.
Dia juga telah mengotakan janji untuk menemui warga emas tersebut dan memohon maaf, semalam.
#Viral #Samsudin #Tular #Gelandangan #MK K-Clique #MK #Carl #Pakcik Gelandangan
;