MAHARAJA LAWAK MEGA 2019
MLM 2019: “Tipulah Kalau Duduk Di Bottom 4 Tak Tertekan, Tapi Lagi ‘Down’ Kalau ….” – Stone
Kumpulan Stone mengakui kedudukan mingguan di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka.
Namun kata Stone, komen tidak membina lebih memberikan tekanan berbanding mendapat 3 HA atau berdiri di atas podium penyingkiran.
“Kami bukan tidak pernah mendapat 3 HA sebelum daripada juri dan kami menerimanya dengan terbuka.
“Jumlah HA sebenarnya tidaklah memberi kesan sangat tetapi bagi kami peserta memerlukan komen yang membina daripada juri.
“Sebab komen yang membina sebenarnya membantu kami dan lain-lain untuk melihat kelemahan masing-masing, dalam masa sama memperkemaskan lagi persembahan pada masa akan datang,” kata Stone ketika ditemui Gempak.
Bagaimanapun, Stone memohon agar kenyataan mereka tidak disalah erti atau menganggap ia kenyataan negatif.
“Jangan salah erti kenyataan kami. Juri semua bagus-bagus dan kami hormat kepada keputusan mereka. Kami mengakui Stone juga ada kelemahan yang perlukan teguran.
“Cuma kalau boleh kritikan tersebut biarlah kena pada gaya dan lebih jelas tentang kekurangan atau kelebihan persembahan dan tidak buat mood peserta down.
“Komen bernas memberikan mood dan aura yang positif serta semangat kepada peserta untuk memberikan persembahan yang terbaik,” kata Stone lagi.
Mengulas mengenai kedudukan mereka di bottom four pada minggu bertemakan Muzikal Jumaat lalu, Stone berkata mereka sudah memberikan yang terbaik.
“Kami dah jalankan tugas dan buat yang terbaik untuk menghiburkan peminat dan penonton MLM 2019 dan mengikut tema diberikan.
“Terima kasih kepada peminat-peminat Stone yang sentiada memberikan semangat kepada kami sehingga ke minggu ini,” ujar Stone.
Minggu keenam menyaksikan Smart tersingkir dengan peratusan markah sebanyak 31.70% selepas berada di podium penyingkiran bersama Rahmet dengan markah 41.52%, Stone 41.68% dan Puteh 46.35%.
Jangan lupa saksikan minggu ketujuh MLM 2019 bertemakan Moral bersama lapan lagi peserta iaitu Zero, Rojak, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.
MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega