Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

MLM2019: “Benar Tak Sehebat Yang Lain Tapi Tak Pernah Putus Harapan...” – Mamat

Mya Amri
27/12/2019 07:11 MYT
Anggota kumpulan STONE, Mamat menyatakan rasa bersyukur dapat mara ke minggu suku akhir Maharaja Lawak Mega (MLM2019).
 
Mamat menyatakan perasaannya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
 
Menurut Mamat, dia menyedari masih terdapat kekurangan pada STONE dan mengambil teguran untuk memperbaiki mutu persembahan mereka.
 
“Benar kami tidak sehebat yang lain… Benar kami masih banyak kekurangan... Benar kami masih lagi di sini.
 
“Teguran anda kami sentiasa dengar kerana itu kami masih bertahan di minggu suku akhir. Kami tidak pernah putus harapan untuk buat yang terbaik.
 
“Di minggu suku akhir ini doakan yang terbaik untuk kami persembahkan. Kami redha jika perjalanan sudah tertulis hanya di situ beri dorongan dan undian anda pada kami,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Benar kami tidak sehebat yg lain.. Benar kami masih byk kekurangan.. Benar kami masih lg di sini.. Teguran anda kami sntiasa dgr,krana itu kami masih bertahan di minggu suku akhir..kami tdak pernah putus hrapan utk buat yg tbaik..di mnggu suku akhir ini doakan yg trbaik utk kami persembahkan..kami redha jika perjalanan sudah tertulis hanya di situ..beri dorongan dan undian anda pd kami di undi sms #StoneMLM2019 dgn cara taip ML < jarak > Nama peserta atau ML < 3/5/10/20 > < jarak > Nama Peserta ke 32777. Ataupun undian online di www.gempak.com/maharajalawakmega . Undian di buka Jumaat ini. Saksikan #MaharajaLawakMega2019 setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Warna (132) & Warna HD (124) ##stonemlm2019 #stonerangersmlm2019 #astrogempak #zonlawak #maharajalawakmega2019 maharajalawakmega #Lawakberapiapi #MLM2019 @acongsweetchild @mamatsepah @azleesenario #mingguke9

A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on

 
Terdahulu, minggu kelapan menyaksikan STONE menduduki tempat keenam dengan jumlah markah 47.57%
 
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
 
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
 
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 
#Mamat #STONE