Skip to main content

Rancangan Realiti

MLM2019: Ingatkan Sengaja Rupanya Atu ZERO Memang Jatuh Betul, Ouch!

zero-mlm2019-week5.jpg
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Atu Zero akui adegan terjatuh ketika melakukan persembahan minggu lalu bukan dibuat-buat.
 
Sebaliknya kata Atu, kejadian itu berlaku disebabkan lantai pentas tersebut licin.
 
“Memang betul-betul jatuh sebab licin ada air… Dalam kotak yang kami bawa itu ada air tak tahulah air laut mana yang masuk situ.
 
“Tapi seperti biasalah… Kalau kita terjatuh ketika sedang membuat persembahan kita kena fikirkan sesuatu untuk cover balik dengan pantas,” katanya menerusi video pendek di Instagram Zon Lawak.
 
Dalam pada itu, persembahan Zero untuk MLM2019 minggu kelima mendapat pujian daripada juri tetap, Najip Ali dan mendapat 5 HA.
 
BACA: MLM2019: Senarai Markah Penuh Minggu Kelima, Tempat Pertama Milik RARE
 
ZERO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Atu ini juga menduduki tangga ke lima dengan peratusan markah 51.83%.
 
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
 
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
 
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 

Advertisement

Must-Watch Video