Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Syaiful ZERO menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 32.

Tidak ketinggalan adiknya, Sharif juga turut memberikan ucapan khas buat abang kesayangannya itu.

Menariknya, Sharif memberikan ucapan dengan menggunakan hashtag nama ‘glamor’ Syaiful iaitu Melati.

“Selamat hari lahir abangku @syaiful_zero semoga yang baik-baik sahaja untuk mu dan kita semua, we love you brada #melatiturn32 #pantangmundurkecualioperasi,” tulisnya.

Selamat hari Lahir abangku @syaiful_zero semoga yg baik2 saja utk mu Dan kita semuaaa,we love uuuuuu bradaaaaa #melatiturn32 #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by sharifzero (@sharif_zero) on


Menerusi ruangan komen juga, rata-rata peminat mengucapkan jadi dengan menggunakan nama panggilan Melati.

Selain itu, ada diantara pengikut meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangkan Syaiful merupakan abang sulung antara adik-beradik ZERO.

“Dia yang paling abang kah? Fikirkan Sharif yang paling abang,” komen @xxivhvr

“Happy birthday Melati. Semoga wajahnya sentiasa lucu,” tulis @asy_1124

Jangan lupa saksikan MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega