Anggota kumpulan JBORN, Vicha berkongsi cerita sewaktu pertama kali bertemu dengan Khir Rahman.

Menurut Vicha, dia sendiri tidak menyangka pelakon itu sangat ‘sporting’ kerana raut wajahnya menunjukkan Khir seperti seorang yang serius.

“Saya nervous, tengok macam garang lepas tu selalu diam… Rasa macam betul ke abang Joey nak ambil abang Khir.

“Tapi sebenarnya selepas seminggu dua duduk bersama rupanya Khir Rahman adalah seorang yang sangat sporting.

“Dari segi kerja tu saya rasa dia memang betul-betul bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang bagus.

“Khir juga sangat tegas sebagai contoh kerja tak boleh tangguh dan kena buat awal. Jadi disebabkan itu juga membuatkan kami rasa bersemangat untuk bekerja.

“Banyak yang saya belajari dengan mereka berdua. Abang Joey dan Khir bolah dikatakan antara otai dalam industri.

“Cara abang Joey lawaknya begini, cara lakonan abang Khir pula begini. Jadi ada banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat di situ,” ujarnya kepada Gempak.

Selain Vicha, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) kumpulan JBORN yang dianggotai oleh Khir Rahman dan Joey menduduki tempat pertama dengan jumlah markah 64.91% untuk minggu keempat.

MLM2019 minggu keempat yang bertemakan Cinta menyaksikan penyingkiran kumpulan ONXON dengan markah terendah 35.39%.

Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega