Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

MLM2019: “Mahu Belajar Bahasa Malaysia Untuk…” – Inul Darastita

Mya Amri
06/12/2019 09:02 MYT
Juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Inul Darastita mengambil inisiatif untuk mempelajari Bahasa Malaysia.
 
Menurut Inul, tujuan tersebut dilakukan adalah untuk lebih memahami lawak yang disampaikan oleh bintang MLM2019.
 
“Tidak dinafikan agak gementar kerana ini pertama kali saya menjadi juri untuk MLM2019. Saya akan berusaha untuk menjadi lebih ‘cool’ dan juga mempelajari Bahasa Malaysia dengan baik.
 
“Kalau dari segi bahasa mungkin saya akan terus belajar untuk memahami tutur kata mereka dengan lebih jelas.
 
“Tetapi apa pun yang penting bagi saya adalah menilai bintang dengan adil,” katanya kepada Gempak.
 
Selain Inul, program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini menyaksikan Lisa Surihani, Najip Ali dan Datuk Jamal Abdillah juga diberikan tanggungjawab sebagai juri tetap.
 
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
 
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
 
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 
#MLM2019 #Inul Darastita