MAHARAJA LAWAK MEGA 2019

MLM2019: “Sangat Humble Dan Baik, Rasa Macam Satu Keluarga” – Heliza Helmi Hargai ZERO

Mya Amri 17/12/2019 | 14:01 MYT
Penyanyi Heliza Helmi akui banyak menimba pengalaman baru sewaktu menjadi selebriti jemputan untuk kumpulan ZERO dipentas Maharaja Lawak Mega (MLM2019) minggu lalu.

Menurut Heliza, walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dipentas lawak namun ZERO banyak membantu dan tidak lokek dengan ilmu.

Malah kata Heliza, ZERO juga merendah diri dan melayannya dengan baik seperti keluarga.

“Peluang bersama dengan pelawak dalam Maharajalawak Mega 2019, satu pengalaman yang sangat berharga, sangat manis, sangat semua lah!

“Walaupun Kakja bukan pelawak dan tak pandai melawak setiap momen bersama team Zero sangat Kakja hargai. Banyak dapat belajar dari mereka.

“Bagai satu keluarga. Siapa nak Kakja share pengalaman berharga dapat bekerjasama dalam MAHARAJALAWAK MEGA 2019 dengan kumpulan yang… Masya-Allah sangat-sangat hebat ini, sangat humble, baik, dah rasa macam satu keluargalah,” tulisnya menerusi posting di Instagram.

Terdahulu, buat pertama kalinya, MLM membawa pendakwah ke pentas selepas bersiaran selama lapan tahun untuk minggu ketujuh MLM2019 yang bertemakan moral bersama selebriti jemputan Islamik.

MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Zero #Heliza Helmi #MLM2019