Skip to main content

Rancangan Realiti

MLM2019: “Tengok Banyak Kali Tetap Gelak Sakan” – Ramai Tak Sabar Nak Tengok ZERO

zero-mlm2019.jpg
Minggu ini bakal menyaksikan lapan kumpulan yang berentap di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM2019).

Kumpulan yang dimaksudkan adalah J-BORN, BOCEY, PUTEH, RARE, ROJAK, STONE, ZERO, dan satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Rahmet.

Antara bintang yang sering disebut dan menjadi perhatian netizen adalah ZERO yang dianggotai oleh Syaiful, Sharif dan Atu.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton persembahan kumpulan adik-beradik itu.

Selain itu, ZERO juga turut mendapat pujian kerana persembahan mereka yang sentiasa konsisten setiap minggu.

Antara komen-komen yang diberikan adalah:

“Sudah tentulah ZERO antara kumpulan yang kami nanti-nantikan,” komen @hayatunsyamila6406

“Memang terbaik lawak-lawak ZERO... Tak pernah tak kelakar, memang sokong ZERO, harap boleh Juara. Suami hari-hari tengok dekat YouTube. Walau banyak kali tetap gelak sakan,” puji @suriyana_82

MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
 
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
 
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video