Anggota kumpulan STONE, Azlee Senario akui tidak kisah memakai baju sendat demi melakukan persembahan di pentas Maharaja Lawak (MLM2019) Jumaat lalu.

Menurut Azlee, itu merupakan sebahagian daripada sketsa dan juga lawak untuk menghiburan penonton.

“Sebenarnya itu saja baju yang ada untuk digunakan jadi saya cakap pada Acong, tak mengapa kita pakai nanti nampak kelakar.

“Tidak dinafikan kami berdua ini memang berisi orangnya, suka tak suka persembahan tetap perlu diteruskan.

“Jadi kita redah saja, tapi bila dah siap pakai dan bila berdiri depan cermin masing-masing gelak. Kelakar juga rupanya ya.

“Pada saya perkara itu bukanlah satu masalah yang besar, jadi saya okay saja,” katanya ketika ditemui Gempak.

Selain Azlee, STONE turut dianggotai oleh Mamat Sepah dan Acong.

Terdahulu, minggu kedua menyaksikan STONE menduduki tempat keenam dengan jumlah markah 47.10%

Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega