Kumpulan Taici yang menamatkan perjalanan di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2021) pada minggu kelima tidak menyangka tiada ‘Ha’ diberikan kepada mereka selepas persembahan.

Taici yang dianggotai Ilham, Chiwan dan Tapai bagaimanapun terkedu kerana pertama kali dalam sejarah MLM, peserta tidak diberikan sebarang ‘Ha’.

“Tak tahu nak cakap apa…,” kata Tapai terkilan.

“Ok lah ayat klise, bukan rezeki kami. Kami rasa kami dah buat yang terbaik. Di auditorium ini ada kedengaran gelak tawa penonton pada persembahan tadi.

"Every punch yang kami beri pun sampai, sememangnya kami tak expect tak ada ‘Ha’,” kata Ilham.

Sementara itu, Sang Bara ketika diminta memberikan komen kepada persembahan Taici menegur beberapa kelemahan kumpulan tersebut.

“Persembahan Okay saja, nak kata hebat tak nampak lagi par yang sepatutnya. Lawak dan punchline ni kena ada sesuatu yang bersambung.

“Tak boleh ada pause atau silent moment dan bila ada silent moment untuk pick up balik, untuk mendapatkan lawak pada line seterusnya dia akan ada gap.

“Dan bila ada gap, susah nak build balik lawak tu. Itu je yang korang kena betulkan. Other than that korang bagus,” katanya.

Kumpulan Taici menamatkan persaingan pada malam bertemakan Muzikal dengan markah sebanyak 38.41%.

Ini markah penuh kesemua kumpulan malam tadi: