Jika di minggu pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, kehadiran Sang Bara mendapat kecaman netizen, nampaknya perkara tersebut tidak lagi berlaku.

Tinjauan Gempak di media sosial mendapati, rata-rata penonton MLM 2021 kini semakin ramai yang bertukar kem!

Mereka tidak lagi mengkritik Sang Bara sebaliknya ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada juri yang sentiasa ‘mencari gaduh’ dengan naga keramat MLM 2021 itu.

Antara komen yang diberikan netizen ialah, Sang Bara semakin baik dalam memberikan komen kepada peserta dan pandangan dilontarkan juga lebih relevan berbanding kemunculan awalnya.

Netizen juga tidak berpuas hati apabila juri sering ‘memotong’ komen diberikan Sang Bara, malah ada yang minta juri ditukar terus! Amboi…

“Time Sang Bara komen je juri kecam…Adui tak faham betullah…Sajelah tu nak suruh Sang Bara stop talking.”

“Komen Sang Bara makin membina. Okaylah tukar juri, Sang Bara je okay!”

“Bagus Sang Bara comment minggu ni. Tapi Diana Danielle kena accept the facts lah.”

“Juri jangan potong ke menyampuk ke masa Sang Bara bercakap boleh tak?”

Antara komen yang diberikan netizen ketika MLM 2021 bersiaran minggu lalu.

Nampaknya betullah seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta!

Dalam pada itu, ramai juga yang sudah tidak sabar menanti identiti Sang Bara didedahkan.

Minggu lalu, tiada penyingkiran berlaku dan kesemua tujuh kumpulan yang tinggal akan meneruskan perjuangan pada Jumaat ini dengan sketsa bertemakan ‘Karoot’, Dikir Barat & Props.

Cabaran pada minggu ini ialah, produksi akan menyediakan satu props besar seperti kolam air contohnya dan para peserta dikehendaki membuat sketsa bersama team ‘karoot’ dan dikir barat serta perlu menggunakan props yang disediakan.

MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.

Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).