Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan tindakannya memberi cincin kepada pelakon Catriona Ross pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Jumaat lalu, sebagai gimik.
Iqbal ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak mengetahui tentang kehadiran Catriona pada malam tersebut termasuk persembahan kumpulan Tobat yang memparodikan tentang kontroversi melibatkan dirinya dan Datuk Seri Vida.
“Saya tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Saya hadir kerana memenuhi undangan pihak produksi pada malam tersebut.
“Ketika kumpulan Tobat membuat persembahan, barulah saya tahu mereka memparodikan kontroversi melibatkan saya dan mengundang Catriona sebagai selebriti jemputan.
“Jadi apabila Catriona tiba-tiba turun, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara langsung dan memberikan cincin kepadanya,” kata Iqbal.
Ditanya mengenai cincin tersebut, Iqbal berkata dia ikhlas menghadiahkannya kepada Catriona tanpa mempunyai sebarang niat lain.
“Mesti ramai yang tertanya-tanya kalau bukan gimik macam mana cincin tu boleh ada dalam beg? Kalau orang yang mengenali saya, mereka tahu saya memang suka beli cincin banyak-banyak dan akan hadiahkan kepada sesiapa sahaja secara rawak.
“Kebetulan, malam itu memang cincin itu ada dalam beg, saya tak fikir banyak kerana sepanjang Catriona membuat persembahan saya memang sudah berniat untuk bertemu beliau selepas itu dan memohon maaf,” katanya.
Mengulas mengenai persembahan kumpulan Tobat yang dianggotai Bell dan Ropie bersama Catriona pada malam tersebut, Iqbal berkata dia tidak mengambil hati.
“Saya okay, tak marah pun. Cuma saya terkejut parodi kumpulan Tobat dan Catriona memang menjadi,” katanya.
Bagaimanapun selepas tamat program MLM 2021 minggu lalu, Datuk AC menggumumkan anggota Tobat, Shuk Sahar menarik diri atas sebab-sebab peribadi.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Fiza Kamarudin
Mon Oct 25 2021
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.