Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Danial Zaini menjadi perhatian penonton dengan lawaknya yang bersahaja minggu lalu.

Boleh dikatakan Danial yang membawakan watak sebagai seorang ustaz itu merupakan man of the match bagi kumpulan Heart minggu lalu.

Imbas kembali persembahan kumpulan Heart Jumaat lalu ternyata impak yang diberikan oleh Danial betul-betul membantu dua lagi sahabatnya iaitu Ezad Lazim, Azmi Saat dan tetamu jemputan Shamsul Ghau Ghau.

Sehingga hari ini, masih lagi ada penonton yang mengulang kembali persembahan mantap kumpulan Heart itu.

Dengan memakai jubah, berjanggut, berkopiah serta memiliki ‘tahi lalat’ di bahagian pipi, gaya Danial itu sekaligus menginggatkan netizen kepada pendakwah serta dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Selain itu gaya percakapan dan juga ungkapan “Semua Allah sayang” yang diucapkan Danial boleh dikatakan mirip Ebit Lew.

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)







Persembahan itu juga membuatkan Heart menduduki tempat pertama dengan jumlah markah sebanyak 54.79%.

Bagaimanapun pula dengan persembahan Heart malam ini?

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.

Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.

Untuk info: Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat lalu selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.

Bagaimanapun MLS2 tetap mematuhi SOP yang ditetapkan dan berlangsung tanpa penonton.