Anggota kumpulan Zuzuzu, Zahid Baharudin memberitahu minggu lalu merupakan minggu yang paling mencabar dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Menurut Zahid, Zuzuzu berdepan dengan beberapa dugaan termasuklah satu-satunya ahli wanita kumpulan mereka, Filzah terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami serangan asma.

Zahid berkongsi perkara itu menerusi satu hantara di akaun Instagram miliknya.

“Minggu yang sangat mencabar untuk Zuzuzu pasal kita dapat jumpa dua kali je untuk sketch. Filzah masuk hospital kena serangan asma tapi lari hospital tak nak kena masuk wad dan masih lagi berikan komitmen untuk MLS2.

“Nizam pulak di duga dengan isterinya, juga tidak sihat dan terpaksa jaga anak-anak. Video ini menunjukkan betapa kecewanya Filzah bila tak dapat menyampaikan sketch yang diberikan.

“Tetapi dia masih mampu memberikan yang ternbaik untuk persembahan. Tak terfikir boleh pergi sampai tahap ini dengan Zuzuzu, korang memang terbaek!” coretnya.

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin)


BACA: MLS2: Lebih Lima Kali Bottom 3, Rezeki Zuzuzu Berjaya Separuh Akhir! Mashuk Pula Tersingkir

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI