Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Daniel Zaini berjaya menambat hati penonton dengan lawaknya yang bersahaja.

Boleh dikatakan Daniel merupakan man of the match bagi kumpulan Heart minggu lalu.

Imbas kembali persembahan kumpulan Heart yang dianggotai oleh Daniel, Azmi dan Ezad, ternyata nampak peningkatan pada minggu ketiga.

Dengan berbaju Melayu, memakai kaca mata dan bermisai, Daniel berjaya membawakan watak sebagai seorang bapa yang ingin menyunting pihak perempuan untuk berkahwin dengan anaknya.

Bagaimanapun watak Daniel itu bukan biasa-biasa sebaliknya cara pencakapan, nada suara dan gaya badan yang dilakukan seolah-olah menyerupai figura seseorang yang sangat dikenali.

Malah punchline yang diberikan Daniel juga mengena dan menyebabkan para juri serta penonton tidak dapat menahan ketawa.

“Pulau Pandan jauh ke tengah... Gunung Daik bercabang tiga... Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Rawa, negeri-negeri ini disektorkan sebagai tempat perlancongan untuk rakyat.

“Pada tahun 2020 kita memastikan rakyat Malaysia bercuti....” itulah antara dialog yang mengundang tawa penonton.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Berikut merupakan antara komen-komen penonton.



Persembahan itu juga membuatkan Heart dinobatkan sebagai penerima Superstar of The Week selain mendapat 5 bintang daripada juri.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di ‪www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI