Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: Bukan Krik Krik Tapi Punch Line Tak Sampai! Wisel Akur Tersingkir

Mya Amri
02/09/2022 18:45 MYT
Minggu ketujuh Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan penyingkiran kumpulan WISEL.

Selain WISEL, dua kumpulan yang berada dikedudukan terendah minggu ini adalah NGAM dan ARTEH.

Bagaimanapun pihak juri masih lagi tidak menggunakan imuniti mereka.

Sementara itu, CILI kembali merampas gelaran dan dipilih sebagai Superstar Gempak of The Week untuk minggu ketujuh ini.

CILI merangkul tangga pertama dengan jumlah markah 71.37%

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS3 di minggu ketujuh.

1. CILI - 71.37%

2. UBI - 50.35%

3. BAHROY - 46.25%

4. OOD - 45.58%

5. NGAM - 35.65%

6. ARTEH - 29.37%

7. WISEL - 28.09%

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Tersingkir #Muzikal Lawak Superstar #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3