Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022

MLS3: Ramai Kata Cili Nampak Kekok, Tapi Sebenarnya Ini Kejadian Yang Berlaku

Mya Amri 31/08/2022 | 03:52 MYT
Persembahan kumpulan CILI di minggu keenam Muzikal Lawak Superstar (MLS3) dikatakan kurang menyengat.

Namun usaha dilakukan Achey, Ali Puteh dan Shiha untuk memberikan yang terbaik wajar diberi pujian.

Mungkin ada yang tidak tahu sketsa yang dilakukan CILI ini sebenarnya mereka tukar pada saat akhir kerana kurang berpuas hati dengan jalan ceritanya.

Perkara itu dimaklumkan Shiha menerusi hantaran di akaun Instagramnya.

Kata Shiha sketsa tersebut dibuat dalam masa dua jam.

“Minggu paling mencabar buat kami sebab sketsa yang kami buat adalah sketsa yang baru dicari lebih kurang dalam masa dua jam setelah sketsa kami yang pertama agak kurang memuaskan kami,” tulisnya.

Untuk minggu keenam ini CILI menduduki tangga kedua dengan markah sebanyak 54.20%.

BACA: MLS3: Tiada Penyingkiran! Wisel, Ngam & Bahroy Tarik Nafas Lega, Bernasib Baik Di Minggu Keenam

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad ini menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha bersama Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Muzikal Lawak Superstar #Cili #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3