Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: Recap Komen Juri & Markah Penuh, Ubi Duduki Tangga Pertama!

Mya Amri
24/07/2022 07:20 MYT
Minggu pertama Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) telah pun membuka tirai dengan menyaksikan 12 kumpulan bertanding.

Bertemakan lokasi Waktu Malam Di Bandaraya, bintang-bintang perlu menyerlahkan kreativiti mereka dalam sketsa untuk menarik perhatian juri.

Minggu pertama menyaksikan kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie menduduki tangga pertama dengan markah keseluruhan 52.08%.

BACA: MLS3: Ubi Paling Menyerlah! 12 Bintang Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran

Persembahan bintang-bintang MLS3 ini diadili oleh juri tetap, Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali.

Penjurian pihak juri merangkumi 50% daripada markah keseluruhan dan 50% lagi adalah undian dalam talian.

Jadi sebelum minggu kedua bermula, jom imbas kembali markah penuh dan komen-komen padu juri kepada bintang-bintang MLS3.

1.UBI - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie / Lokasi: New York, Amerika Syarikat (52.08%)

“Dengan persembahan tadi kehangatan permulaan lawak superstar bermula pada malam ini. Saya sudah pastinya Sharif dan juga Fad kita tahu anda berpengalaman dan Namie saya tidak mahu anda ketinggalan.

“Setiap kali anda membuat persembahan saya melihat tiga personaliti, tiga otak menyumbang kepada satu idea yang selalu segar, selalu mempunyai point of view yang sangat-sangat unik. Jadi pada anda bertiga jangan leka, selalu peka, semoga anda terus berjaya,” - Najip Ali (4 bintang)

2.CILI - Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir / Lokasi: Riyadh, Arab Saudi (43.78%)

“Achey dan Ali saya gembira sekali anda berada di sini, kepada Shiha saya looking forward untuk melihat persembahan anda. Inilah saya rasa kekuatan dan keistimewaan pertandingan tahun ini adalah gabungan otai dengan orang baru.

“Orang baru menceduk ilmu untuk melakukan sesuatu yang berkesan dan otai belajar untuk melakukan sesuatu yang trending dan in style sekarang ini. Saya harap kumpulan Cili ini akan menentukan bench mark kualiti pertandingan tahun ini,” - Najip Ali, (4 bintang).

3.ABIOSO - Sarip, Amin, Puspa Gomen / Lokasi: Jakarta, Indonesia (38.61%)

“Kombinasi yang bagus dari Malaysia dan Indonesia. Penceritaannya rakyat Malaysia senang faham. Alhamdulillah tahniah untuk anda,” - Datuk Awie (3 bintang)

4.ARTEH - Has, Dewa, Qody Rany / Lokasi: Incheon, Korea (38.32%)

“Saya sangat terhibur, permulaan yang bagus, tenaga, keserasian memang ngam. Bagus korang guna elemen Korea juga seperti bahasa dan memang saya tertunggu-tunggu saat last tu. Nak menanti-nanti K-Pop tu and you guys did it at the end, so bagus. Saya suka,” - Siti Saleha (4 bintang)

5.NGAM - Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin / Lokasi: Dhaka, Bangladesh (30.93%)

“Saya rasa satu persembahan yang menjanjikan, tiga personaliti yang sangat menarik kerana anda tahu bagaimana untuk feed antara satu sama lain,” - Najip Ali (3 bintang)

6.OOD - Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid / Lokasi: Beijing, China (30.62%)

“As a team work cantik, you guys memang work. Memang menghiburkan, semua dekat sini pun ramai yang gelak. Effort yang bagus, mungkin muzikal minggu depan boleh up sikit, nak dengar nyanyian merdu Zahid lagi. Tapi apa-apa pun memang persembahan yang cukup menghiburkan, terima kasih,” - Siti Saleha (4 bintang).

7.BAHROY - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic / Lokasi: Marina Bay, Singapura (30.31%)

“Mula-mula tadi macam ada kekurangan di mana-mana dan towards ending dah ada sampai. Jadi lain kali mungkin kena berhati-hati. Awal sampai akhir mementom kena punch punch punch,” - Datuk Awie (3 bintang)

8.WISEL - Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norazman / Lokasi: Honolulu, Hawai (22.98%)

“Bagus saya suka, muzikal best, pemilihan lagu pun best, saya suka anda sebagai sebuah kumpulan, menjadilah. Mungkin minggu depan jalan cerita dan kreativiti tu boleh up sikit. Tapi secara keseluruhan memang persembahan yang cukup baik,” - Siti Saleha (3 bintang)

9.BENJO - Noxx Hazwan, Filzah Azmi, Kinjo / Lokasi: Tokyo, Jepun (22.55%)

“Tentukan anda punya kepakaran dan ketelitian yang sangat-sangat khusus. Syabas, saya mengharapkan akan melihat anda di minggu akan datang dengan improvement yang baik,” - Najip Ali (2 bintang).

10.JOKI - Gomok Gahai, Guad Nasirr, Beby Acha / Lokasi: Sydney, Australia (21.20%)

“Tahniah satu percubaan yang okay, saya suka anda maintain dalam watak masing-masing, sangat konsisten. Mungkin minggu depan boleh banyakkan komedi lagi, buat yang terbaik,” - Siti Saleha (3 bintang)

11.SOBAT - Che Mat, Najua P. Ramlee, Dd Chronicle / Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia (19.60%)

“Saya nampak anda struggle, tapi macam mana pun percubaan yang berani untuk anda bertiga mulakan kerjaya baru ini. Insya-Allah mungkin yang akan datang, anda bertiga kena lebih berhati-hati mencari cerita yang baik, lawak-lawak yang bagus, konten yang menarik bagi orang semua lebih terhibur lagi,” - Datuk Awie (2 bintang)

12.SELIT - Ajo, Azmir Aziz, Shidi Data / Lokasi: Bangkok, Thailand (19.02%)

“Penceritaan ini agak hambar bagi saya. Minta maaf mungkin boleh perbaiki lagi selepas ini. Saya harap minggu depan lebih kreatif lagi,” - Datuk Awie (2 bintang)

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi layari https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Markah Penuh #Recap Dan Komen Juri #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3