Muzikal Lawak Superstar 2022
MLS3: Siti Saleha Jawab Dakwaan Peserta Sentap Dengan Juri, - “Tak Payah Personalize, Kita Tahu Itu Tugas”
Juri tetap Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Siti Saleha menegaskan tugas menjadi juri adalah untuk menilai kualiti persembahan setiap minggu.
Menurut Saleha, apa yang dinilai tidak seharusnya diambil dan dijadikan sebagai isu peribadi.
“Saya rasa itu semua tak payah personalize lah, kita tahu itu tugas. Tugas kita adalah untuk mengadili jadi hopefully sampai sini sahajalah.
“Tak payah personalize, no komen,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu mengulas mengenai persembahan bintang MLS3, Saleha berkata terdapat peningkatan namun harus dipertingkatkan lagi.
“Memang ada kumpulan yang kuat dan ada juga kumpulan yang sedang mengejar. Ada peningkatan ada yang sedikit kurang.
“Macam Datuk Awie cakap sangat susah. Saya pun sebagai pelakon nak buat lawak ini pun susah sangat.
“Jadi saya faham sangat kesusahan itu. Memang susah. Jadi kita tengok lah minggu hadapan macam mana,” jelasnya.
Terdahulu, ada segelintir bintang MLS3 didakwa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap juri menerusi komen dan video di media sosial.
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak. com/muzikal-lawak-superstar- 2022
Must-Watch Video