Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

M.Nasir Umum Tiket ‘Konsert M. Nasir Satu Hikayat’ Sold Out Menerusi Twitter

Fiza Kamarudin
03/10/2019 14:45 MYT
Penyanyi lagenda M.Nasir telah mengumumkan tiket konsert M. Nasir, Satu Hikayat yang akan diadakan pada 23 November depan telah habis dijual.

"Konsert M. Nasir Satu Hikayat (Sold Out)," tulis beliau sambil menyertakan poster konsert berkenaan.

Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Project Sdn Bhd itu bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebagai mengenang suka-duka 40 tahun M. Nasir bergelar anak seni.

M. Nasir menyifatkan konsert tersebut merupakan penghargaan terbesar buat peminat-peminat yang selama ini banyak memberi sokongan.

Di konsert itu juga, M. Nasir bakal mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya buat penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air.

Persembahan seniman tersohor itu bakal diiringi kumpulan muziknya yang dikenali dengan The Gong yang mana Aznan Alias akan bertindak selaku pengarah muzik.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber: Astro Awani
Foto: BH Online
#Konsert #M.Nasir #Konsert